Monday, March 16, 2009

Mr Zul Fakhry :Kenapa saya memiLih kaunseling??..


Sepanjang 4 tahun mengikuti Program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, pelbagai kelebihan telah saya peroleh. Namun yang pasti saya sering kali bertanya kepada diri ini mengapa saya memilih bidang kaunseling sebagai pilihan kerjaya masa depan saya. Pertama sekali, kaunseling membantu saya untuk mengenali dan memahami insan yang bernama manusia dengan lebih mendalam lagi berdasarkan teori-teori kaunseling yang dipelajari. Selain itu, kaunseling merupakan salah satu program yang terbaik untuk membantu saya membentuk sahsiah diri yang unggul serta membentuk disiplin sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat dalam alam pekerjaan. Kaunseling bertindak mendidik saya dan rakan-rakan untuk saling membantu di antara satu sama lain di samping mengikis nilai mementingkan diri dalam diri kami.

Kaunseling juga membantu saya untuk terus mencintai bidang psikologi seterusnya memahami setiap kriteria yang harus dimiliki oleh seseorang individu yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Di samping itu, kaunseling memberi kelebihan kepada saya untuk meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi apa jua cabaran yang bakal ditempuhi, mengeratkan silaturahim dengan semua individu yang kebanyakannya berasal daripada latar belakang yang berbeza. Pendek kata, kaunseling mematangkan saya untuk menjadi seorang insan yang berguna sekaligus melatih diri saya untuk menjadi seorang kaunselor yang berdisiplin, berdedikasi dan berjaya.

Akhir sekali, dengan memilih bidang kaunseling, saya telah mempelajari cara yang paling berkesan untuk berkomunikasi dengan individu lain dan juga cara untuk hidup berdikari dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran pada masa akan datang. Terima kasih kaunseling.....

2 comments:

  1. tahniah kerana telah menemukan bidnag yang benar-benar diminati. semoga dapat berkaunseling dan membimbing dengan penuh keikhlasan (",)/

    ReplyDelete
  2. salam..

    saya amat tertarik dengan kata-kata saudara..memberikan saya semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru kaunseling..alangkah bertuahnya sebnarnya menceburi bidang ini..alhamdulillah...

    ReplyDelete