KENAPA SAYA MEMILIH BIDANG KAUNSELING:
Jika di tanya mengapa saya memilih bidang kaunseling sebagai profesion, saya mempunyai pelbagai-bagai alasan dan jawapan. Namun di sini saya akan menceritakan hanya serba sedikit sahaja. Pertama sekali kerana ia dapat membantu saya untuk mengenali diri dengan lebih rapat. Mungkin sebelum ini saya amat sukar untuk mengenali diri dan personaliti diri saya dan selalu bersikap hipokrit dengan diri saya. Namun selepas mengambil dan menceburi diri dalam bidang ini, saya dapat mengenali diri saya dengan lebih rapat lagi. Saya sudah mengenali personaliti yang saya miliki dan tidak mudah terikut-ikut dengan orang lain. Saya sudah boleh menjadi diri saya sendiri.
Selain itu, saya memilih bidang kaunseling ini kerana saya merasakan saya mempunyai tanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah utnuk keluar dari masalah yang mereka alami. Rasa tanggungjawab ini hadir setelah pertama kali melihat bagaimana kaunselor saya berjaya membantu saya menyelesaikan masalah saya. Dia di lihat begitu ikhlas membantu setiap pelajar-pelajarnya. Masanya di lihat banyak di habiskan di sekolah. Begitu besar pengorbannya. Oleh yang demikian saya telah menanamkan impian untuk menjadi seperti dia. Setelah menamatkan pengajian pada peringkat diploma saya terus tidak melepaskan peluang dengan memohon pengajian pada peringkat ijazah dalam bidang kaunseling di UPSI. Ini kerana saya hendak menunaikan impian saya semenjak sekolah lagi.
Saya juga memilih bidang ini, kerana saya merasakan bidang kaunseling ini dapat melatih saya bagaimana untuk benar-benar menjadi seperti seorang manusia. Ini kerana bidang ini dapat melatih saya bagaimana untuk bersabar dan ihlas dalam membantu setiap pelajar yang menghadapi masalah. Selain itu bidang ini memerlukan pengorbanan yang besar kerana banyak masa kita akan di habiskan dengan pelajar. Oleh yang demikian saya ingin menyahut cabaran tersebut dan melihat adakah saya benar-benar dapat menghadapi dan menyahut cabaran tersebut.
Selain itu dorongan yang kuat daripada ibu juga membuatkan saya memilih bidang kaunseling. Bukan di sebabkan terpaksa tetapi di sebabkan ingin merealisasikan impiannya untuk melihat saya benar-benar menjadi seorang insan yang berguna dan mampu mendidik serta memimpin pelajar-pelajar ke jalan yang benar maka saya bertekad menjadikan bidang ini sebagai profesion saya. Ini memang di tambah pula dengan minat saya yang mendalam di dalam bidang ini. Semoga dengan menceburi bidang kaunseling ini ia dapat membantu saya menjadi seorang kaunselor yang baik.
No comments:
Post a Comment