Sunday, April 5, 2009

Mr Ansarul : Pengalaman Merupakan Sesuatu Yang Tidak Boleh Dibeli



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog...


Bak kata orang dulu-dulu "Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dah Kenal Tak Semestinya Bercinta". Untuk segmen ini, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama diberi, Ansarul Haq Bin Tahrir Adli, berasal dari Ipoh, Perak. Anak sulung dari 4 adik beradik.

Pendidikan pertama yang saya perolehi adalah di salah sebuah tadika Abim yang terletak di Ipoh. Seterusnya saya menerima pendidikan di Sekolah Rendah St. Michael 2 Ipoh sehinggalah darjah 6.

Di peringkat sekolah menengah, saya telah bersekolah di Sekolah Menengah St. Michael Ipoh sehinggalah di tingkatan 3. Seterusnya, saya menerima pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Kerian dengan mengikuti bidang Kejuruteraan Mekanikal sehinggalah di tingkatan 5. Memang seronok belajar di sini, mana tak nyer, semua jawatan pulun habis. Sewaktu di sekolah teknik ini, saya boleh dikatakan seorang yang agak aktif, pernah mewakili kadet bomba negeri perak di peringkat kebangsaan, ketua pembimbing rakan sebaya, pengerusi kelab komputer, mewakili daerah untuk Jambori Slad pada peringkat negeri, mewakili sekolah untuk pertandingan forum pada peringkat daerah. Boleh dikatakan pada waktu ini merupakan zaman kegemilangan saya.

Selepas SPM, saya telah meneruskan pelajaran saya dengan mengambil bidang pengurusan perniagaan di peringkat diploma (Uitm), huhuhu, lari bidang tu... Sewaktu di sini, adalah merupakan zaman pengenduran, saya tidak begitu bergiat aktif, dan hanya menumpukan kepada pelajaran sahaja. ermmm, difikirkan balik rugi jugaklah.

Di peringkat Degree, saya telah melanjutkan pelajaran di UPSI, dalam bidang bimbingan & kaunseling. Sewaktu di sini, bermulalah kembali zaman keaktifan saya, setakat ini di UPSI saya pernah memegang jawatan Timb. Pengerusi Kelab Sahabat Pustaka dan juga Rakan Exco MPP. Pengalaman yang tidak pernah saya dapat lupakan adalah ketika, saya telah mewakili UPSI pergi ke Kemboja untuk khidmat bantuan masyarakat Islam di sana, memang seronok ketika berada di sana. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi ketika di sana.

Setakat di sinilah sahaja yang dapat saya kongsikan beberapa kisah hidup saya sehinggalah sekarang.

Di dalam blog ini, saya akan berkongsi dengan pengunjung berkaitan dengan amalan dan doa-doa yang boleh diamalkan khususnya kepada seseorang yang berstatus pelajar. Semoga dengan apa yang saya kongsikan di sini boleh dimanfaatkan oleh anda semua.

No comments:

Post a Comment