Saturday, March 14, 2009

MR.Amir : Jadual Belajar Efektif




TIPS MEMBUAT JADUAL YANG EFEKTIF (KHUSUS UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH):


JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa . Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri , untuk memanfaatkan masa yang terluang . Setelah ditolak masa di sekolah , masa tidur , masa bersukan , masa makan , masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain .
Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian . Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon . Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza .
Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar . Contohnya
Hari Ahad :
9.00 pagi - 10.00 pagi
10.30 pagi - 12.00 tengah hari
2.00 petang - 3.30 petang
3.30 petang - 5.00 petang
8.30 malam - 10.00 malam
10.00 malam - 11.30 malam
Hari Isnin :
2.30 petang - 4.00 petang
4.00 petang - 5.30 petang
8.30 petang - 10.00 malam
10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua , ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran , berdasarkan kepentingan dan kelemahan diri .
Contohnya :
Matematik - 4 kali seminggu
Bahasa Inggeris - 2 kali
Sejarah - 4 kali
dan seterusnya
Langkah ketiga , ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas .


PERINGATAN :
Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan . Iaitu setiap hari .
Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja . Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
Pematuhan kepada jadual , tidak semestinya 100% , kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga .



Contoh
Jadual Harian Seharian Pelajar Cemerlang:

05.00 pagi
Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan berwuduk
Aktiviti mentelaah dan menghafal



06.00 pagi
Solat Subuh, membaca Al-Quran / mentelaah

07.00 pagi
Bersiap diri untuk ke sekolah dan bersarapan

07.45 pagi - 02.00 petang
Di sekolah ( memberi penumpuan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran )

02.30 petang - 03.00 petang
Solat Zohor dan berehat



03.00 petang - 04.30 petang
Ulangkaji / kelas tambahan / kelas Al-Quran / kokurikulum

04.45 petang
Solat Asar

07.30 malam
Solat Maghrib berjemaah dan membaca Al-Quran / kuliah agama / makan

08.30 malam - 09.00 malam
Solat Isyak berjemaah dan Sunat Hajat

09.00 malam - 10.45 malam
Ulangkaji pelajaran / persediaan untuk pengajian hari besok / belajar malam

10.45 malam
Mengambil bekalan minda ( roti + susu + madu )

11.00 malam
Tidur

45 comments:

  1. mmg encik neh mengamalkan tidur pukul 11 mlm kah setiap hari? saya kalau pukul 11 tu masih segar lagi. camna ye? ekeke

    ReplyDelete
  2. terpulang, ia hanya satu cadangan dan pengalaman..asalkan selesa

    ReplyDelete
  3. terima kasih ats cadangan anda

    ReplyDelete
  4. saye nak tnye..saye nie memg bercita2 untuk berubah..saye taun depan nak amik Pmr..camne yek??sush nak ikot jadual nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah jer... nak lulus dgn cemerlang kena bekorban.. klu ada jadual kena la ikut.. klu sekadar nak lulus biasa2 jer.. ikut la jadual sendiri

      Delete
  5. salam... tq bgtauu camna nak handle jadual study tapi kan saye nie susah ckit r nak bahagikan2kan subjek yn nak study 2... so cam na 2 ye??

    ReplyDelete
  6. bagus jugak tapi fullsgt dgn kerja yg tak sepatutnye..sepatutnye mstilah fulltime dgn belajar mata pelajaran....contohnyepetang full dgn sj ke..malm kul 8 hingga9 mm kepastu sambung9 hingga kul 10 bi n bm ke.....salam pendapat je....:)

    ReplyDelete
  7. Sayer kene pegi sekolah agama....dr pkl 3.30-6.30 ptg....so,,,mcm mane yerk..
    sayer mrd sklh rndh johor...dn x pndi bwat jadual belajar sendiri...

    ReplyDelete
  8. saya dari kedah.saya mang x pandai nk buat jadual sndiri.dan thun 2011 yg akan datang saye akan amik pmr.prnah jgak wat jdual sndiri tp x bleh nak ikut sebab malas.so camna yer.?

    ReplyDelete
  9. terima kasih sbb bantu saya buat jadual!!! :)

    ReplyDelete
  10. anna althaffunnisa..

    thanks sebab sedikit sebanyak dpt membantu saya membuat jadual harian...
    tapi saya merupakan pelajar matrik dan jadual harian amat padat..bagaimana saya mahu memaksimumkan waktu belajar saya setiap hari?
    kelas saya bermula jam 8 pg dan tamat pd pukul 4 ptg..tambahan, saya sudah semakin hampir dengan exam akhir..saya harap saya masih mampu untuk membuat perubahan yg terbaik dalam masa yg singkat ini..
    HARAP DPT MEMBANTU...

    ReplyDelete
  11. tapi kan saya get problem to make study timetable...Can u help me please?
    in this year i will be to take STPM..
    my problem...kerja yang terlalu banyak,assgnment,penyelidikan,tutorial n aktiviti lain...
    utk tidur pada pkul 11 rasanya omework ta dapat disiapkan,.please help me?

    ReplyDelete
  12. ya ALLAH, boleh mmang boleh guna time table ni. tapi, setakat pukul 11 nie bleh ke ?? sy dh lh tlg parent nak berjual.

    ReplyDelete
  13. calon UPSR said:

    rasa lebih yakin untuk menghadapi UPSR klau dah ada contoh jadual ni...

    ReplyDelete
  14. SYE NAK SGTTTTTTTTTTT BELAJARRR...SYE SEDIH BILE SAYE HABISKAN MASE TUK SSUATU YG SIA2..SYE HARAP SYE BOLEH MANFAATKAN 2 BULANNIE TUK BELAJA..NO CHAT,NO FB,NO GAME,NO TV,XDE MASE TUK BUANG MASE..KPD SAPE2,TOLONG DOAKAN SYE DPT STRAIGHT A PSL SYE NAK HIJRAH..SAYE NAK JADI SORG PSIKIATRI..SAYE NAK TAHU TENTANG KEHIDUPAN ORG LAIN..SAYE JUGE NOK PERGI JAUH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda seorang yg yg berminda cemerlang..tahap kesedaran kendiri yang tinggi... realisasikan dlm perbuatan... tahniah!!

      Delete
  15. Aiyaa .. Tak boleh ikot maa ~ Saya balik sekolah pukul 5 petang .. Hmm ~ Nak buat jadual sendiri tak pandai ! Erghh -____-

    ReplyDelete
  16. mohon share bro nice la

    ReplyDelete
  17. xety la nk gna jdual tu

    ReplyDelete
  18. x dak msa ka nk tngk tv or main komputer....???he....^_^

    ReplyDelete
  19. bagaimana pula langkah untuk mnepati jadual yg tekah dibuat..?
    apekah konsep jadual tersebut..?
    terima kasih

    ReplyDelete
  20. macam mana kalau saya yang ta punye byk masa ny? rumah saya amat jauh dari sekolah,,kadangkala mengambil masa 1 jam..di rumah byk keje utk dilakukan selpas blik dri sekolah.. oleh itu saya selalu tidur awal,selepas isyak kerana terlalu letih,ttapi saya akan bangun awal seperti pukul 3 pagi untuk ulangkaji pelajaran kerana saya akan merasa risau jika tidak mengulangkaji pelajaran hingga kadangkala saya rasa amat letih,,

    ReplyDelete
  21. terima kasih atas nasihat dan cara yang sangat bagus.

    ReplyDelete
  22. MCM MNE KLAU SYE YG KEN AWAT KEJER UMAH DAN MENOLONG KEMAS UMAH , SKE TONTON TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu awak tak ubah, awak akan gagal.

      Delete
  23. insyaallah sy akn mncuba ini... :)amin

    ReplyDelete
  24. hahaha........ baik punye chilok!!!!!!!

    ReplyDelete
  25. insyaallah saya akan mencuba yang terbaik

    ReplyDelete
  26. thanks bro,you helped me!! :D

    ReplyDelete
  27. saya Sarah Aainaa. saya smk petang (tingkatan 1),jadi...boleh tolong berikan saya jadual waktu yang baik bagi sesi petang sekolah menengah tingkatan 1(tolong susunkan jadual waktu saya dan memberikan yg. terbaik...untuk menyempurnakan waktu seharian saya dan tlong agihkan waktu(pukul)berapa yg..sesuai dan memperbetulkan saya punya jadual seharian dengan betul & mengagihkan masa aya dengan membaca buku cerita(berapa minit/jam & bila saya patut membaca buku cerita)....

    ISNIN-KHAMIS


    =pukul 10:30pagi(saya bersiap untuk memakai baju smk)=bangun pagi solat subuh
    =sarapan(pukul 8:30)
    =waktu pagi saya harus buat apa?
    =11:00 pagi(makan)
    =11:30 pagi tunggu van sekolah dtg jemput di rumah saya untuk ke sekolah.
    =12:30 tghhr (sampai di sekolah)
    =1:10 tghhr (start sklh)((solat zohor dan asar di sekolah pada waktu yang di tetapkan oleh pihak sekolah))sesi persekolahan hingga 6:40 ptg.
    =6:40 ptg - 7:15 lebih*sampai mghrib* mlm(tunggu van sklh)
    =7:30 mlm lebih(sampai rumah)
    =(sampai rumah) terus ke bilik untuk mandi dan menunaikan solat magrib.
    =habis solat,turun bawah...makan mlm..
    =kemuadian solat isyak.
    =kemuadian susun buku sekolah(kira kira pukul.......(x tahu ...*tolong agihkan masa*)
    =kemuadian *buat apa*....
    =tidur ...saya harus tidur pukul berapa?

    JUMAAT

    =bangun pagi solat subuh
    =sarapan(pukul 8:30)
    =waktu pagi saya harus buat apa pada pukul 9:00 pagi - 12:30 tghhr?
    =12:30 tghhr(bersiap pakai baju smk)
    =solat zohor
    =1:30 (bertolak ke sekolah dengan mak saya)
    =1:45 (sampai smk)
    =2:20(start sklh dan solat asar disana) sehingga pukul 6:40 ptg..
    =6:40 ptg - 7:15 lebih (tunggu van)
    =kira kira 7:30 mlm(sampai di rumah)
    = terus naik bilik dan mandi dan solat maghrib..
    =habis,turun bawah untuk makan mlm..
    =solat isyak
    = susun buku smk..
    =saya patut buat apa?....
    =saya patut tidur pukulberapa?

    SABTU & AHAD

    = tolong agihkan masa .....

    MATA PELAJARAN YANG SAYA LEMAH
    =BI
    =SN
    =BM(PEMAHAMAN&PENULISAN)
    =SEJARAH

    KOKURIKULUM DI SEKOLAH SAYA(TOLONG AGIHKAN MASA JADUAL SAYA DENGAN INI...

    *RaBu*
    =8:00 pagi - 10:45 pagi

    *SeLaSa / KhAmIs*
    =8:00 pagi - 9:30 pagi


    P/S= berapa jam & minit kah bagi setiap murid tingkatan 1(perempuan) perlu belajar setiap pelajaran untuk kita mengulang kaji di rumah?

    terima kasih..harap dibalas..

    ReplyDelete
  28. la,, ckgu sye kate dlam 1 hari 2 mata plajaran pling max, klau lbih akan tlupa, cam na ni dahla thun ni PMR :D

    ReplyDelete
  29. bleh x klo prof wat kn sye satu contoh jadual antara mase dan brmain..tahun dpan sye nk mnduduki SPM la..tlg la prof..

    ReplyDelete
  30. Assalamu'laikum, mohon beri terangan pembahagian subjek untuk nak ulangkaji. Contohnya subjek bahasa inggeris perlu berapa kali seminggu dan seterusnya.
    Saya aliran akaun, dan niey subjek2nya (*kebolehan menguasai subjek):
    - Sejarah *sederhana
    - B.Melayu *baik
    - B.Inggeris *kurang baik
    - Sains *sederhana
    - Ekonomi Asas *sederhana
    - Prinsip Perakaunan *sederhana
    - Add Math *kurang baik
    - Math Mode *kurang baik
    - Syariah Islamiah *baik
    - Alquran dan Sunnah *baik
    - B. Arab *sederhana

    Candidate SPM 2013 :')

    Sekian, thanks ;)

    ReplyDelete
  31. Salam Alaykum :)
    Saya student SMS Tuanku SyedPutra . sesi p&p dari pukui 7.30 - 4.30 petang. So how can I arrange my timetable for study and rest properly ? could I wake up early in the morning or sleep midnight?
    need help^^ thanks.

    ReplyDelete
  32. eeeeeeeeeeeeee..aku tak suka la oiii

    ReplyDelete
  33. tapi, kalau sekolah start jam 6.15 camne?

    ReplyDelete
  34. jadual dah okey cuma padat sangat dengan aktiviti pembelajaran,saya cadangkan rehat 5-10 minit setiapkali sesi pembelajaran 1 jam.

    ReplyDelete